#1 ALUMNI TOURNAMENT

ποΈββοΈ ASAS OPEN 2026 β SATU KEHORMATAN BUAT KELUARGA ASAS
Alhamdulillah, ASAS Open 2026 bakal melakar satu lagi detik istimewa apabila kejohanan tahun ini disokong dan bakal dihadiri oleh Y.A.B. Datoβ Seri Amirudin Shari, Datoβ Menteri Besar Selangor. Kehadiran beliau pastinya menambah seri dan nilai kepada kejohanan yang kini memasuki edisi ke-3, serta menjadi satu penghormatan buat seluruh keluarga besar ASAS.
Bagi kami, ASAS Open bukan sekadar kejohanan golf. Ia adalah ruang untuk menghubungkan alumni, sahabat, komuniti korporat dan pelbagai jaringan profesional dalam suasana santai di padang golf. Dengan kehadiran pimpinan negeri serta tetamu daripada pelbagai latar korporat, ASAS Open 2026 membuka peluang untuk membina hubungan, memperkenalkan jenama dan mengembangkan jaringan secara lebih dekat dan bermakna.
Kepada rakan-rakan korporat, usahawan dan alumni ASAS, inilah masanya untuk bersama-sama menyokong ASAS Open 2026. Slot penyertaan korporat dan pakej penajaan masih dibuka, namun bilangannya adalah terhad. Kami juga amat mengalu-alukan bantuan daripada seluruh keluarga ASAS untuk membawa masuk penaja, memperkenalkan potential sponsors atau membuka ruang networking kepada pihak penganjur. Setiap sokongan dan connection amat bermakna dalam menjayakan kejohanan ini.
ποΈ 15 November 2026 (Ahad) | 8:00 pagi
π Amverton Golf & Country Club
Sertai kami. Bawa rakan. Bawa batch. Bawa penaja.
Mari kita bersama-sama menjadikan ASAS Open 2026 satu lagi kejohanan yang membanggakan seluruh keluarga ASAS.
π Pendaftaran & pakej penajaan: asasopen.com
π Zain Aziz (ASAS9498): 016-661 1478
ASAS Open 2026 β More Than Golf. Itβs About Connections.
