🌟 Menteri Besar Selangor Bakal Hadir ke ASAS Open 2026

πŸŒοΈβ€β™‚οΈ ASAS OPEN 2026 β€” SATU KEHORMATAN BUAT KELUARGA ASAS

Alhamdulillah, ASAS Open 2026 bakal melakar satu lagi detik istimewa apabila kejohanan tahun ini disokong dan bakal dihadiri oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Kehadiran beliau pastinya menambah seri dan nilai kepada kejohanan yang kini memasuki edisi ke-3, serta menjadi satu penghormatan buat seluruh keluarga besar ASAS.

Bagi kami, ASAS Open bukan sekadar kejohanan golf. Ia adalah ruang untuk menghubungkan alumni, sahabat, komuniti korporat dan pelbagai jaringan profesional dalam suasana santai di padang golf. Dengan kehadiran pimpinan negeri serta tetamu daripada pelbagai latar korporat, ASAS Open 2026 membuka peluang untuk membina hubungan, memperkenalkan jenama dan mengembangkan jaringan secara lebih dekat dan bermakna.

Kepada rakan-rakan korporat, usahawan dan alumni ASAS, inilah masanya untuk bersama-sama menyokong ASAS Open 2026. Slot penyertaan korporat dan pakej penajaan masih dibuka, namun bilangannya adalah terhad. Kami juga amat mengalu-alukan bantuan daripada seluruh keluarga ASAS untuk membawa masuk penaja, memperkenalkan potential sponsors atau membuka ruang networking kepada pihak penganjur. Setiap sokongan dan connection amat bermakna dalam menjayakan kejohanan ini.

πŸ—“οΈ 15 November 2026 (Ahad) | 8:00 pagi
πŸ“ Amverton Golf & Country Club

Sertai kami. Bawa rakan. Bawa batch. Bawa penaja.
Mari kita bersama-sama menjadikan ASAS Open 2026 satu lagi kejohanan yang membanggakan seluruh keluarga ASAS.

πŸ‘‰ Pendaftaran & pakej penajaan: asasopen.com
πŸ“ž Zain Aziz (ASAS9498): 016-661 1478

ASAS Open 2026 β€” More Than Golf. It’s About Connections.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *